^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

17 March 2016

Home » , , , , , » haiwan peliharaan :: kisah kiki & kaka

haiwan peliharaan :: kisah kiki & kaka


assalamualaikum,
~awas, cerita tanpa gambar~


 hari ini, hampir 2 minggu rumah kami diserikan dengan baby baru..... upsss bukan baby aku ye, tapi baby arnab yang baru kami bela di awal tahun hari tu.....

memula baby ada 7 ekor, tapi dari sehari ke sehari, seekor demi seekor mati. aku x tau sebabnya, tapi yang pasti ibu si arnab yang diberi nama Anna, x mahu menyusukan baby beliau..... sedih juga kami anak beranak bila balik kerja, tengok dalam sangkar (sangkar yang berasingan dengan Anna) ada baby arnab yang dah x bergerak..... huhu

lpas 1 minggu, mydearHubby ajak pergi kedai haiwan peliharaan, katanya nak beli susu yang boleh bagi baby arnab menyusu..... aku baca kat internet, ada jenis susu arnab tapi aku lupa apa namanya..... bila sampai kedai, tokey kedai cakap x der susu arnab, tapi kami ditawarkan untuk cuba bagi susu kucing, katanya sama je.....

sambil2 cerita pasal susu, kami share cerita pasal penjagaan baby arnab sebab tokey kedai tu pon ada bela arnab juga....


kata beliau ;
  • baby arnab yang baru lahir x boleh di pegang dengan tangan. sebab kalau kita pegang baby tu, nanti bau tangan kita akan lekat pada baby dan ibu arnab dah x nak dengan baby dia.
  • kalau nak juga pegang, kena pakai sarung tangan. kecuali kalau arnab dah beranak banyak kali, so bau kita dah sebati dengan arnab, so x der masalah nak pegang baby dia.
  • asingkan ibu arnab dengan arnab jantan, sebab nak bagi ibu arnab selesa nak jaga anak nya.
  • jangan bagi ibu arnab stress, kalu x nanti, dia makan baby untuk tujuan protection.
  • cuba untuk bagi susu dari ibu arnab, untuk bagi nutrisi tumbesaran kepada baby. 
  • dalam masa seminggu, baby dah tumbuh bulu, tapi seblum tu, baby kena duduk kat tempat yang hangat, sebab baby arnab x der bulu nak lindung badan dari kesejukkan. (masa ni aku geli nak pegang sebab x der bulu, tapi mydearHubby n mylilPrincess Aisha relax je pegang..... huhu)
  • dalam masa seminggu juga, baby arnab dah boleh nak tumbuh gigi,
  • dalam masa 2 minggu, baby arnab mula nak buka mata.
  • dalam masa 4 minggu, dah boleh bagi baby arnab makan pallet khas untuk baby atau daun hay (daun sahaja) sebab gigi dah kuat.

ok, tu antara yang dikongsi oleh tokey kedai haiwan peliharaan yang kami g ritu..... ok juga penerangan dia bagi..... lama juga kami menuntut ilmu dengan beliau..... kalau boleh nak dok kedai tu lelama lagi n belajar cara nak bela baby arnab.....

sekarang ni, daripada 7 ekor yang dilahirkan oleh Anna, tinggal lagi 2 ekor je yang masih bertahan..... Alhamdulillah, ada juga yang bertahan kan..... dan nama dorang adalah Kiki (bulu warna perang) & KaKa (bulu warna hitam)..... dedua pon nama mylilPrincess yang pilih..... kami follow je.....
erm, gambar mereka belum boleh nak share kat sini..... masih dengan alasan yang sama iaitu gambar x boleh nak transfer dr phone ke PC..... sedey huhu

sekarang juga, kami dalam proses untuk meng'upgrade balkoni kami (ruang kami tempatkan arnab2 kami si Anna, Joey, Kiki & Kaka) dari sebuah balkoli kosong kepada balcony's garden atau taman balkoni..... hajat nak share kat sini, nanti ada masa n gambar, aku share ye..... buat sikit2 je ikut bajet yang ada..... janji nak biar arnab2 kami selesa..... hihi

nak google lagi pasal arnab n pasal taman balkoni nieh..... moga taman impian jadi kenyataan..... aamiin.....

k, sekian