^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

13 October 2016

Home » , , , , , » deko deko terataKami :: kunyit oh kunyit

deko deko terataKami :: kunyit oh kunyit


Assalamualaikum,

lama dah tak cerita pasal deko-deko nye..... hehe, tak ada apa nak cerita..... angan-angan nak buat taman balkoni terbantut sebab haiwan peliharaan tak memberikan kerjasama yang sebaiknya..... bila lepas dalam wilayah yang ditetapkan untuk mereka, asik lah melompat keluar..... last2 Hubby masukkan mereka dalam sangkar je..... tak bagi lepas dah sebab mereka melanggar syarat2 yang ditetapkan..... haha..... nanti kita fikir cara lain untuk cantikkan balkoni ye.....

kali ni kita cerita pasal pokok-pokok yang semakin galak membesar kat garaj tingkat bawah..... Alhamdulillah, semua pon membesar bagai johan.....


 
ini pokok kunyit pemberian Mak, dah beberapa kali dituai daun nya..... bagi kat jiran sebelah n myUsu yang ada bekalkan masakan beliau ke food truck milik Along husband beliau secara harian di Sendayan.....



 
ini pokok ulam pegaga pemberian MIL, dari bekas plastik, aku dah pindah ke pasu besar, sekarang dah membiak ke pasu sebelah dia pula..... hampir2 juga dia nak masuk ke pasu bunga, tapi aku tarik akar yang menjalar tu, masukkan dalam pasu dia semula..... dah beberapa kali juga aku makan berulamkan pegaga nieh..... 

selain dari tu, ada juga pokok kacang panjang renek, dah beberapa kali juga dituai hasilnya, tapi sebab aku x berapa nak makan kacang panjang, so aku biar je tua n jadikan benih, benih tu aku bagi la kat sesiapa yang nak.....

pokok pandan pon sentiasa berjasa bila diperlukan..... siap boleh jadi tempat permainan dan teduhan kucing2 makcik sebelah lagi..... x pe lah, janji jangan rosakkan pokok tu sampai mati macam pokok kacang 2nd batch sebelum ni dah lah ye.....

ada juga pokok lada benggala, saja lah letak biji kat dalam botol air mineral 1 liter  yang aku recycle buat pasu..... eh eh, bertunas juga..... banyak pula tu..... ada lada benggala kuning dan merah..... tak tau aku nak alih ke mana, pasu dah tak ada..... pokok semakin membesar..... agak2 ada yang nak ke..... tapi kena datang rumah lah, sebab aku tak der bekas nak asingkan satu2 pokok tu, dalam satu bekas ada 7 8 pokok dalam tu..... huhu

erm, pokok bunga tak berapa nak ada, yang ada pon pokok ros jepun..... yang makin besar dan besar, sampai akar dah penuh dalam pasu, nak buang sayang, nak pindah pasu, macam yang aku cerita kat atas, pasu tak ada..... nak kena cari masa juga ni untuk gardening.....

nak cari pasu..... nak cari pasu.....

K, sekian


4 comments

October 13, 2016 at 9:20 AM

aku suka gardening ... tp sejak 3 bln ni aku mls .... jdnye tunggu lps sihat balik nanti aku berkebun blk

October 13, 2016 at 11:00 AM

geram tengok pegaga tu, gemuk2 daunnya. saya pun dah lama teringin nak tanam2 macam ni tapi kerajinan tu belum begitu jitu lagi

October 13, 2016 at 12:11 PM

Seka tenguk dan baca cerita orang berkebun.
Salam bertani.

October 14, 2016 at 11:03 AM

waahhhh..best. tak payah beli.
eh...camna nak tanam pegaga tu..ek?
cer share..sbb akak suka mkn ulam pegaga

Post a Comment