^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

21 August 2017

Home » , , » ADIK BABY :: Alhamdulillah

ADIK BABY :: Alhamdulillah


Assalamualaikum,

hurm, ada sesiapa yang perasan tak ada ticker baru kat hujung bawah sebelah kanan dalam blog ni..... kalau tak perasan pun tak apa lah..... saja je nak share kegembiraan kami sekeluarga..... 



fokus kepada ticker ADIK BABY tu ya..... Alhamdulillah, berkat doa semua, setelah hampir sembilan (9) tahun menanti, akhirnya Aisha bakal dapat adik in shaa Allah pada hujung tahun ni..... tak sangka dalam pada aku keluar masuk hospital sebab pelbagai penyakit, dalam pada aku berulang alik ke hospital setiap bulan untuk pemeriksaan lanjutan..... Allah berikan kami berita gembira ini melalui doktor yang buat pemeriksaan bulanan ke atas aku..... nak cerita detail, tapi tunggu masa mengizinkan ye.....

kali ni cuma nak share kegembiraan kami je dulu..... kepada kengkawan yang masih lagi mencuba untuk memperoleh zuriat samada pertama, kedua, ketiga atau seterusnya..... aku doakan kalian juga akan memperoleh rezeki in shaa Allah suatu hari nanti.....

k, skeian